Friday, June 16, 2017

UMNO Bahagian Seputeh menyantuni penghuni rumah pangsa Kuchai Lama #Negaraku #Malaysia

YB Senator Datuk Mustapa Kamal ketika merasmikan program
Seramai 40 keluarga terpilih dalam kalangan penduduk Rumah Pangsa Kuchai Lama di sini diraikan sempena Program Sumbangan Prihatin Ramadan anjuran Komuniti 1Malaysia (K1M) kawasan perumahan tersebut hari ini.

Monday, June 12, 2017

Perjumpaan bersama satu keluarga muallaf di Surau Al - Makmur Taman Gembira

YB Senator Datuk Mustapa Kamal bersama keluarga muallaf yang berjumpa beliau
*UMNO Bahagian Seputeh*


1. Malam tadi, pemimpin masyarakat Yang Berhormat Senator Datuk Mustapa Kamal yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Seputeh telah berjumpa dengan sebuah keluarga muallaf yang memerlukan bantuan.

Sunday, June 11, 2017

Perutusan Nuzul Al Quran YB Senator Datuk Mustapa Kamal


*UMNO Bahagian Seputeh*

Ucapan sambutan "Nuzul Al Quran" Pemimpin masyarakat Yang Berhormat Senator Datuk Mustapa Kamal yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Seputeh.

*_UMNO Seputeh & Masyarakat Berpisah Tiada_*

Thursday, June 8, 2017

Program Nur Ramadan UMNO Bahagian Seputeh & Kementerian Wilayah Persekutuan #Negaraku #Malaysia


*UMNO Bahagian Seputeh*

1. Malam tadi telah berlangsung *Program  Nur Ramadan* UMNO Bahagian Seputeh dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan yang telah diadakan di Surau PPR Muhibbah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sunday, June 4, 2017

Program YB Senator Datuk Mustapa Kamal bersama penduduk Taman Salak Jaya


*UMNO Bahagian Seputeh*

1. Pemimpin masyarakat, Yang Berhormat Senator Datuk Mustapa Kamal yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Seputeh telah menyampaikan sumbangan kepada Anak Yatim, Ibu Tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Asnaf pada satu majlis yang telah diadakan kelmarin.

2. Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan ini telah diadakan di Laman Penduduk Salak Jaya, Taman Salak Jaya, Kuala Lumpur. Majlis ini telah diadakan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan serta Non - Governmental Organisations (NGO) di sekitar kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Wednesday, May 24, 2017

Majlis Ihya Ramadhan & Penyampaian Sumbangan oleh UMNO Bahagian Seputeh


*UMNO Bahagian Seputeh*

Biro Agama UMNO Bahagian Seputeh akan menganjurkan *Majlis Ihya Ramadhan dan Penyampaian Sumbangan* kepada Masjid dan Surau didalam kawasan *Parlimen Seputeh*.

Wednesday, May 17, 2017

UMNO Seputeh bidas sikap kurang ajar David Teoh


*UMNO Bahagian Seputeh*

Pengarah filem David Teo, yang terkenal dengan filem - filem beliau yang melibatkan isu sosial sehingga merosakkan minda anak - anak bangsa melayu sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila bertindak biadap dan kurang ajar terhadap Perdana Menter dalam program *#TN50* yang diadakan di Putrajaya sebentar tadi.