1. Pemimpin masyarakat, Yang Berhormat Senator Datuk Mustapa Kamal yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Seputeh telah menyampaikan sumbangan kepada Anak Yatim, Ibu Tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Asnaf pada satu majlis yang telah diadakan kelmarin.
2. Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan ini telah diadakan di Laman Penduduk Salak Jaya, Taman Salak Jaya, Kuala Lumpur. Majlis ini telah diadakan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan serta Non - Governmental Organisations (NGO) di sekitar kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.